

Bagaimanapun, matematik merupakan satu bidang yang bukan setakat mengenali angka, menjalankan operasi asas yang kebiasaannya dilatih dengan latih tubi, tetapi ianya boleh digunakan untuk melatih kanak-kanak berfikir. Contohnya, kuantiti lima buah biji epal boleh diwakilkan dengan nombor 5, operasi penambahan boleh diwakilkan dengan simbol +, dan sebagainya. Teori perkembangan kognitif juga menyatakan pada peringkat pra-operasi iaitu peringkat kanak-kanak berumur antara dua hingga tujuh tahun, kanak-kanak secara beransur-ansur akan mengembangkan bahasa dan kemahiran untuk berfikir dalam bentuk simbolik. Menurut teori perkembangan kognitif yang diperkenalkan oleh teoris Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan operasi matematik dalam satu arah sebagaimana situasi antara penulis dan anak buah tadi, tetapi mempunyai kesukaran untuk menerima pandangan orang lain, iaitu apabila soalan tadi diubah. Berdasarkan kepada pengalaman tersebut, kanak-kanak pada peringkat umur tersebut seharusnya berupaya mengenal nombor satu hingga 10 dengan sedikit dorongan oleh ibu bapa dan guru, dan mereka seharusnya berupaya menjalankan operasi asas penambahan sehingga nombor 10. Anak buah penulis terdiam lalu menangis kerana tidak dapat menjawab soalan yang diutarakan. Kemudian penulis mula menguji kemahiran berfikir beliau dengan mengubah sedikit jenis soalan operasi penambahan tadi, iaitu apakah hasil tambah dua nombor yang dapat menghasilkan kuantiti 6.

Pada mulanya penulis bertanyakan soalan matematik asas seperti 2 + 3, 3 + 5 dan sebagainya. Baru-baru ini, penulis bertanyakan satu soalan matematik kepada seorang anak buah yang berusia lima tahun. Mereka rajin bertanya dan ketika ini guru dan ibu bapa seharusnya mengambil kesempatan dan peluang untuk menggalakkan mereka berfikir mengikut tahap kognitif mereka.

Kanak-kanak ibarat rebung yang mudah dilentur, apatah lagi pada peringkat ini, proses kognitif yang berlaku dalam minda mereka sedang aktif berkembang. Merangsang Kemahiran Berfikir Seawal Peringkat Kanak-Kanak Pengalaman saya bersama anak buah saya memberikan saya inspirasi menulis artikel tersebut. Alahai kakak… xpelah paklong tak hensem, asalkan kakak KBAT…huhuhu Sementara dia menangis, saya pergi mandi. Kakak: (bercucuran air mata seperti hujan di luar) Kisah sebenar saya bersama anak buah beumur 5 tahun yang saya panggil kakak
